Alhafiznurmataku

Hanya Satu Coretan....



Alhamdulillah bersyukurku kehadrat illahi atas umur yang diberikan selama ini.10 Desember 1987 itu tanggal kelahiranku.Maka hari ini 10 Desember 2009 jejak 22 tahun Allah memberi nafas dan menghidupkan ku sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini.Kesyukuran yang tidak terkira ku panjatkan kehadratMU ya Allah akan nikmat iman dan islam selama ini.

Jazakumullallah khairan kasira juga kepada sahabat-sahabat yang mengingati tarikh hari lahirku,dan terima kasih juga atas doa kalian yang tidak putus-putus diberikan sejak jam 12 tgh malam tadi.Doakan daku sentiasa di dalam perhatian Allah S.W.T dan sentiasa diberikan peringatan samaada diwaktu senang mahupun di waktu susah.

Menjelang imtihan yang tidak berapa lama lagi,dan keadaan cuaca yang kian sejuk di bumi anbia' ini.Peringatan buat diriku dan juga sahabat-sahabtku sekalian.Teruskan usaha kamu sebagai seorang yang ditaklifkan untuk mendalami ilmu agama oleh Allah S.W.T,dan jangan kita sia-siakan masa kita di bumi yang penuh dengan ilmu dengan perkara-perkara yang kurang memberi manfaat kepada kita.Sekurang-kurangnya jika kita tidak mampu bertalaqi dengan syeikh-syeikh di sini,kita manfaatkan masa kita dengan mengKHATAM kitab kuliah sehingga kita faham apa yang tersirat dan tersurat didalamnya.

Akhir kalam : Terima Kasih buat semua yang memberi ucapan.Doakan umur ini selari dengan agama yang ada didada ini.ameeen.

JADUAL STUDY GROUP TAHUN 4

SEMESTER 1 SESI 09/10 (SYARIAH ISLAMIAH)

UNIVERSITI AL-AZHAR, NEW DAMIETTA CITY

TARIKH

SUBJEK

LOKASI

CATATAN

10/ 11/ 09

Tafsir

Saiful

Group tafsir :

Suhaimi (ketua), zikril, jamal, dll

11/ 11/ 09

Balaghah

Fahmi

12/ 11/ 09

Tafsir

Suhaimi

CUTI

14/ 11/ 09

Qawaid feqhiyyah

Zikril

15/ 11/ 09

Adab

Haidher

16/ 11/ 09

Tafsir

Wan saifuddin

17/ 11/ 09

Balaghah

Izwan

18/ 11/ 09

Qawaid feqhiyyah

Izmir

Group balaghah:

Farid (ketua), izmir, saiful, faruq, nasaruddin,Ejat , dll

19/ 11/ 09

Tafsir

Amali

CUTI

21/ 11/ 09

Qawaid feqhiyyah

Nasarudin

22/ 11/ 09

Adab

Mashafriz

23/ 11/ 09

Tafsir

Tarmizi

24/ 11/ 09

Balaghah

Nizmal

25/ 11/ 09

Qawaid feqhiyyah

farid

26/ 11/ 09

Tafsir

Syafiq

Group adab:

Wan saifuddin (ketua), syakirin, fahmi, amali, syafiq, dll

CUTI

28/ 11/ 09

Qawaid feqhiyyah

Fajarul

29/ 11/ 09

Adab

Jamal

30/ 11/ 09

Tafsir

syakirin

31/ 11/ 09

Balaghah

faruq

01/ 12/ 09

Qawaid feqhiyyah

Ejat

02/ 12/ 09

Tafsir

Mashafriz

Group Qawaid feqhiyyah:

Haidher (ketua), nizmal, izwan, mashafriz, fajarul, tarmizi, dll

CUTI

04/ 12/ 09

Qawaid feqhiyyah

Tarmizi

05/ 12/ 09

Adab

Nizmal

06/ 12/ 09

Tafsir

farid

07/ 12/ 09

Balaghah

Syafiq

08/ 12/ 09

Qawaid feqhiyyah

Izwan

09/ 12/ 09

Tafsir

zikril

· Kelas bermula dari jam 7.00 mlm hingga 9.00 mlm (malam bacaan yaasin, kelas bermula jam 7.30mlm)

· pertukaran jadual study adalah bergantung pada pihak penganjur.

· Ralat pada jadual dan nama yang tercicir sila rujuk kepada ustaz suhaimi Hassan.

Hmmmm..yang berlalu tetap kan berlalu.Tetapi apa yang berlaku masih belum boleh dilupakan.Banyak sungguh memori antara AKU& DIA,Allah sahaja yang tahu ape yang tersirat dalam hati ini.Dalam kesibukkan pengajian yang telah rancak,hati terusik dengan sedikit kenangan yang membuatkan fokus pada pengajian beralih sedikit ke resah yang tak diingini.Allah...beratnya ujianMU,sabatkan lah hati yang sentiasa berbolak balik ini ya ROB.

Kamu...Warkah ini dicoret buatmu,Jadilah Insan yang sentiasa taatkan Allah S.W.T.Tempuhilah ujian dunia yg Allah beri dengan ketabahan.Jangan alpa dengan nikmat dunia.Muhasabah lah diri kamu supaya menjadi insan yang bertaqwa.Tak selamanya keseronokkan yang kita kecapi itu akan kita rasai.Semua yang didunia ini pasti punyai penghujung.Usah korbankan dirimu kerana manusia.Korbankan lah dirimu kerana Allah dan agama.Agar keredhaan Allah milikmu.Ku doakan agar kamu sentiasa mendapat lindungan Allah S.W.T

Izinkan aku menyemat KHATIM pemberianmu ini kerana ianya bukan sahaja cantik tapi bernilai disisiku.Agar ku ingat semangat yang pernah kau beri dulu untuk menjadi seorang Pejuang Agama dan pendidik kepada kaum-kaum yang sentiasa dahagakan didikan dari seorang pemimpin.

Akhirnya :

" Jaga Diri dan PerhiasanMU,Hiasi Peribadimu Dengan Akhlak Serikandi"



Allahu Akhbar,Allahu Akhbar,Allahu Akhbar.Walillahil Hamd.....

Takbir bergema di masjid-masjid berdekatan,teringat daku kampung halaman.Beraya bersama keluarga di kampung memang menyeronokkan.Macam-macam telatah yang boleh dilihat,dari segi masakan,gotong-royong dan juga persiapan baju raya.Semuanya tersemat di memori indahnya aidilfitri di tanah tempat tumpahnya darahku.Memotong bawang,mengisar kacang dan menolong saudara mara menjadi lumrah perayaan di kampung halaman.Riuh rendah pada malam hari raya disamping sayup kedengaran alunan kalimah suci Allah menyemarakkan lagi suasana hari raya di tanah air.Memakai samping di pagi hari,menyemat butang di baju melayu ,dan menyarong songkok tinggi..Waah!!..seronoknya.Tapi!!!!.....itu semuanya di Malaysia.Namun pada tahun ini,raya disambut dengan penuh rasa kesunyian.Memasak lodeh,mengoreng kacang tanpa minyak,memasak kari semuanya dibuat bersendirian.Alhamdulillah untung lah ada nasi empet segera menemani yang mana telah siap direbus pada petang 29 ramadhan lagi.Apa-apapun alhamdulillah ada juga dua tiga orang rakan yang beraya disini.Tidak lah terlalu sunyi dibuatnya.Sempat juga merasa sate yang mereka buat.Sedap juga...Nak lagi ye tahun depan.Kepada semua rakan-rakan di luar sana.Saya memohon maaf kalau ada terkasar bahasa,terlanjur kata sama ada sedar mahupun tidak.Halalkanlah apa yang termakan dan terminum.Semoga Aidilfitri ini memberi kita seribu satu makna apa itu erti persaudaraan.Akhir kata salam perantauan dari saya yang berada di Mesir untuk rakan-rakan semua.

"KULLU SANAH WAANTUM TOYYIBUN"